Webinar Cybersecurity

15 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2025, telah berlangsung satu Webinar Cybersecurity bertajuk “Selamatkah Telefon Anda dari Ancaman?” yang diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini memberi tumpuan kepada isu keselamatan telefon pintar yang semakin mendapat perhatian berikutan peningkatan kes penipuan digital.

Sepanjang sesi ini berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk ancaman siber yang sering menyerang pengguna telefon pintar, antaranya spyware, phishing melalui SMS, aplikasi palsu dan penipuan e-wallet. Selain itu, peserta turut diberikan peringatan tentang kepentingan amalan keselamatan asas seperti melakukan tetapan keselamatan dengan betul, mengemas kini sistem peranti secara berkala, serta menyemak kebenaran yang diberikan kepada aplikasi.

Bagi meningkatkan lagi kefahaman, webinar ini turut menyelitkan demonstrasi langsung berkenaan ‘phone tapping’ yang menunjukkan bagaimana telefon boleh digodam jika pengguna cuai. Peserta juga terlibat dalam aktiviti interaktif mengenal pasti aplikasi tiruan, sekali gus meningkatkan kemahiran mereka dalam mengesan potensi penipuan. Secara keseluruhannya, webinar ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada peserta tentang kepentingan menjaga keselamatan peranti mudah alih serta langkah pencegahan bagi mengelakkan menjadi mangsa ancaman siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali